Impian yg xkesampaian..

Telah lama aku cuba untuk mendapatkanmu
Telah lama juga aku mempelajarinya
Setiap hari aku berusaha untukmu
Supaya dapat ku miliki selamanya

Kini tiba hari yg ditggu
Hari indah yg menjadi penentu..
Kuberdoa kepada tuhan yg satu
Supaya nasib akan menyebelahiku

Mungkin ini yg dikatakan takdir tuhan
Takdir yg membuatkan impianku xkesampaian
Kita manusia hanya dapat merancang
Tetapi Dia sajalah yg dapat menentukan

Ya ALLAH..
Kau kuatkan hati hambaMU ini
Kau berikanlah ketenangan yg abadi
Supaya dapat ku teruskan hidup ini
Dengan tenang tanpa rasa sangsi

Harapanku cuma satu
Impian yg xkesampaian akan menjadi hala tuju
Kerna kutahu segala apa yg berlaku telah ditentu
Akan kuterus cuba menggapai impianku yg satu..


Rabu
20 Disember 2006
7.58 pm

xde kaitan ngn mane2 makhluk tuhan pon..
(tingat blk cmner leh aku dpt ilham tulis benda nie...lawak2...he3..)

0 comments:

Post a Comment